Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 16 Februari 2013

Kerajaan Haram Israel Bunuh Ajen Mossad Warganegara Australia-Israel

Sydney, 16 Februari 2013:- Ketua agensi perisikan kerajaan haram Israel sekarang terlalu panik dan cuba menyembunyikan fakta dan kisah sebenar tahanan X. Tahanan berkenaan mempunyai 2 kerakyatan. Kerajaan Haram Israel menangkapnya bertujuan bagi menyekatnya daripada membocorkan maklumat rahsia Mossad. Wartawan Australia, Trevor Borman merujuk kepada "Tahanan X" yang dikenal pasti oleh pihak media sebagai ejen Mossad yang berketurunan Australia-Israel yang bernama "Ben Zygier".

Lelaki itu telah meninggal dunia pada Disember 2010 ketika dalam bilik penjara Ayalon dekat Tel Aviv. Lelaki berkenaan telah membunuh diri dengan cara menggantung diri di dalam penjara berkenaan. Sumber memberitahu kerajaan haram Israel berusaha keras menyembunyikannya sehingga ia dibongkar pada minggu ini. "Ben Zygier" dilaporkan telah bersedia mendedahkan maklumat mengenai segala operasi Mossad termasuk tindakan menyalah gunakan pasport Australia oleh ejennya dalam pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Dubai 3 tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan