Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 26 Mac 2013

~ Ma'an Najah Fi Kulli Imtihan ~


Sahabatku,
Inginku ucapkan najah fil imtihan
Buat sahabat seperjuanganku
Iringilah perjuanganmu dengan doa dan tawakkal kepada Allah
Bersungguh-sungguhlah sahabatku
Jadilah manusia yang berjasa pada Islam
Dalam tujuan mendapat redha Allah

Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
Nescaya Allah akan lupa kamu
Sebagaimana kamu lupa pada-Nya
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”

Sahabatku,
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu

Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syiar Islam
Daripada dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah dan suruhan Allah

Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
Begitu juga para Tullabul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
Kematian tidak menemui mereka

Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam

Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku
Sebelum kamu melangkah ke alam realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia

p/s: bittaufiQ wan najah fil imtihan, fiddin, fid dunya wal akhiroh, Amin... insyaALLAH, kheir

Khamis, 21 Mac 2013

Sheikh Mohammad Said Ramadan Al-Buti Syahid


22/03/2013, DAMSYIK-: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi telah meragut 42 nyawa termasuk seorang ulama' terkenal Sunni negara berkenaan iaitu Sheikh Mohammad Said Ramadan Al-Buti.(gambar)

Pengebom berani mati itu nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Syeikh Mohamed Said Ramadan Al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan".

p/s: dari Allah kita datang... dan kepada Allah kita kembali... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkannya di dalam kalangan orang yang syahid di jalan Allah... rasa sedih sangat-sangat hari ini tatkala mendengar berita ini... pulangnya asy-syahid syeikh Ahmad Yassin dan asy-syahid syeikh Mohamed Said Ramadan Al-Buti di dalam ke pangkuan Allah di dalam keadaan syahid... kehilangan mereka ini sangat sukar dicari ganti...

Ulangtahun Ke-10 Kesyahidan Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin


hari ini (22/03/2013) adalah ulangtahun ke-10 kematian syeikh Ahmad Yassin... beliau telah syahid di bom dengan menggunakan 3 peluru berpandu dari helikopter Apache rejim zionis laknatullah... di bom pada 22/03/2004 (Isnin) sewaktu pulang dari solat fardhu subuh di masjidil aqsa... semoga Allah menerima kesyahidannya dan melimpahkan rahmat ke atas rohnya... aku amat merinduimu saudaraku... perjuanganmu akan kuteruskan sampai ke titisan darah terakhirku... semoga aku memperolehi kurniaan-Nya yang diberikan Allah kepada-Mu... insyaallah...

"Jika seorang pemimpin intifadah syahid hari ini, akan muncul jutaan pemimpin intifadah yang baru besok hari" - Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Rabu, 20 Mac 2013

Pendedahan Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa Di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)



dengan izin Allah akhirnya terzahir sudah orang yang bersalah... kat dunia ni awak nak aniaya saya silakan... saya memang x dapat awak... saya tunggu awak di Mahkamah Mahsyar nanti... saya tuntut hak saya di sana nanti...

Selasa, 19 Mac 2013

Kisah Benar Disebalik GANGNAM STYLE



Kisah ini diceritakan sendiri oleh individu yang bernama Mohamad Sidik pada 07 Oktober 2012 (Ahad) pada saya pada pukul 12.14 petang. Ini ialah kisah sebenar. Hayatilah kisahnya, semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
 

Malam tadi setelah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat fardu Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri menuju ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam bergaya wanita Arab ke meja saya . Lalu wanita berkenaan meminta izin untuk duduk sekali di meja berkenaan. Saya mengizinkannya. Selepas itu berlakulah perbualan di antara kami. Berikut ialah perbualan kami yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Kami berbual di dalam bahasa Inggeris. Perbualan ini berkisahkan mengenai “Gangnam Style” yang kini digemari oleh rakyat Malaysia.

Wanita: "Tuan, boleh saya duduk di sini??? Saya lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh."

Saya: "Silakan, tak mengapa. Silakan duduk."


Kemudian pelayan telah datang kepadanya meminta pesanan dan dia hanya memesan minuman “fresh orange” untuk minum. Apabila pelayan telah pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik.

Saya: "Kamu seorang diri sahaja? Kamu kelihatannya bukan orang Malaysia, bukan?"

Wanita: "Ya, saya bukan orang Malaysia. Saya berasal dari Negara Korea Selatan. Saya datang ke sini kerana ingin ke rumah seorang kawan."

Saya: "Oh Korea Selatan. sekarang negara itu sedang terkenal dengan tarian “Gangnam Style"

Wanita: "Gangnam Style”.  Apa yang kamu tahu tentang tariannya???  Ianya adalah tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggap tarian “Gangnam Style” adalah tarian yang diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu” (jawabnya dengan tegas).

Saya: "Oh ok, saya minta maaf. Saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu."

(Perbualan kami terhenti kira-kira 15-20 minit)

Wanita: "Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang tarian “Gangnam Style”???"

Saya: "Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya sudi mendengarnya."

Wanita: "Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.” ( jari-jemari wanita berkenaan ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya)

Saya hanya mengangguk-angguk.

Wanita: "Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya. Ia merupakan sesuatu yang menarik tetapi sangat-sangat pelik dan menakutkan”.

Saya: "Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya".



(Kemudian wanita berkenaan diam selama kira-kira 10 saat, mengambil nafas dan memulakan ceritanya kepada saya)

Wanita: "Gangnam merupakan satu Bandar yang berada di dalam Negara Korea Selatan. Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib setelah gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya. Mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan seperti kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

(kemudian dia diam lagi)... selepas itu pelayan datang membawa hidangan yang saya pesan dan air minuman yang dipesan oleh wanita berkenaan. Beliau lalu meminum minuman berkenaan.

Saya: "Ok, boleh kita teruskan ceritanya?

Wanita: " Ok, ia merupakan sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tetapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku."

Saya: "Ya, sila sambung ceritanya. Saya memang ingin tahu tentangnya."

Wanita: "Ok. Untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul. Mereka menuju ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan yang menaiki helikopter. Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui 2 laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan “Wipe Out” di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya namun para peserta tetap melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti pertandingan ini dirakam ataupun tidak. Terus-terang saya katakan ianya adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila."

Saya: "Ok, kemudian apa yang berlaku?"

Wanita: "Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut. Palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka. Ramai peserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tu. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan. Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu. Malah dibiarkan begitu sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan berkenaan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya 2 orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya. Saya dikhabarkan walaupun 2 gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak. Hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."


(wanita berkenaan diam kembali. Beliau sebak dan tiba-tiba menangis teresak-esak)

 
Saya sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu dan cuba memujuknya.

Saya: “Jangan menangis. Orang lain sedang melihat kamu. Saya minta maaf kerana menyuruh awak menceritakan kisahnya pada saya.”

Wanita: “ Ok (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya) maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri. Ibu saya telah membunuh diri kerananya dan bapa saya telah menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri, bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya dia meninggal dunia."


(wanita berkenaan diam beberapa minit)

 
Wanita: "Ibubapa saya hanya memiliki 2 orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea. Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya telah dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana terjatuh dari istana itu dan saya dikehendaki datang ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu juga menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibubapa saya tiba ke hospital, kami telah diberitahu bahawa adik saya telah pun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya. Akhirnya selepas beberapa hari kemudian dia telah menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah mengetahui kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah. Wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri. Beberapa minggu kemudian ibu saya telah membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Ibu saya telah koma apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital. Pada sebelah malam harinya dia telah meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya kepada meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah saya mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam. Kawan saya telah menasihati saya supaya terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak boleh berputus asa."

Saya: "Saya lihat kamu kini seorang Muslimah???"

Wanita: "Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markas Islam di bandar Seoul. Imam itu merupakan salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan oleh Allah dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

(setelah itu wanita berkenaan telah diam dan menghabiskan meminum minuman yang dipesannya)

Saya: "Kisah kamu sangat menarik tetapi menakutkan. kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu???"

Wanita: "Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis. Sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam tetapi pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berkali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis.”


Saya: "Oh, ok... Ianya merupakan sesuatu yang gila yang pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di negara Malaysia?  Apa yang kamu sedang buat di sini sekarang? Bila peristiwa sedih itu berlaku?".

Wanita: "Kamu agak saya berumur berapa sekarang ini???"

Saya: "Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

Wanita: "Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di negara Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.”

Saya: "Kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya. Saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari nanti Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya."

Wanita: "Sudah tentu! Suatu hari nanti semua orang dan dunia ini akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu! Kamu ingat artis yang mencipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam??? Saya rasa dia amat tertekan dengan cara hidup di sana. Namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

Saya: "Wah... Kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam Style…" balas saya (sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw).

Wanita: "Kamu jangan berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan."

Saya: "Bukan macam tu. Saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang sangat tabah, kuat dan berani. Kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

Wanita: "Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke negara Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di negara Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur."

Saya: "Kebetulan dulu saya pernah belajar di negara Syria dan universiti tempat saya belajar itu namanya Universiti An-Nur."

Wanita: "Oh benarkah??? Ceritakan kepada saya tentang Negara Syria... saya rasa amat bertuah bertemu dengan kamu."

Selepas itu perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam Style. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk mengIslamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah 100 % diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi Islam yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian. Kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang sudah maju. Bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita??? Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

“Ya Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada akhir zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...”

Isnin, 18 Mac 2013

Racun Di Ekor Lebah Adalah Penawar Penyakit HIV

WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, AS telah berjaya membuktikan bahawa racun di ekor sejenis binatang yang bernama lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus "Human Immunodeficiency Virus (HIV)". Saintis yang bernama Joshua L Hood berkata penggunaan racun di ekor lebah jenis melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

“Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus (rujuk pada gambar),” katanya dipetik di dalam laporan Science News. Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

“Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi (pembiakan) virus HIV". Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.

p/s: benarlah Allah pada firman-Nya...

Rabu, 13 Mac 2013

BORANG JORDAN 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai "BORANG JORDAN 2013"... kepada sesiapa yang berminat ingin melanjutkan pelajaran anda ke timur tengah khususnya negara JORDAN, anda bolehlah mendapatkan borangnya di SINI... tarikh tutup hantar borang ialah hari JUMAAT (31 May 2013)...

semoga Allah permudahkan segala urusannya... hajat di hati ini teringin sangat-sangat nak menjejakkan kaki di bumi anbiya'... biiznillah... doakan semoga Allah permudahkan urusan saya nak ke sana... Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Allah mengurniakan apa yang kita perlukan pada masa yang tepat... itulah indahnya kurniaan Allah...