Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 26 Mac 2013

~ Ma'an Najah Fi Kulli Imtihan ~


Sahabatku,
Inginku ucapkan najah fil imtihan
Buat sahabat seperjuanganku
Iringilah perjuanganmu dengan doa dan tawakkal kepada Allah
Bersungguh-sungguhlah sahabatku
Jadilah manusia yang berjasa pada Islam
Dalam tujuan mendapat redha Allah

Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
Nescaya Allah akan lupa kamu
Sebagaimana kamu lupa pada-Nya
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”

Sahabatku,
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu

Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syiar Islam
Daripada dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah dan suruhan Allah

Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
Begitu juga para Tullabul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
Kematian tidak menemui mereka

Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam

Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku
Sebelum kamu melangkah ke alam realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia

p/s: bittaufiQ wan najah fil imtihan, fiddin, fid dunya wal akhiroh, Amin... insyaALLAH, kheir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan