Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 16 Jun 2013

Mesir Memutuskan Hubungan Dengan Kerajaan Basyar Assad Laknatullah Dengan Rasminya

17 Jun 2013, KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi semalam mengumumkan memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria termasuk menutup kedutaan negara itu di Kaherah.

“Kami (kerajaan Mesir) telah memutuskan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah berkuat kuasa serta merta dan akan datang,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Stadium Kaherah sempena perhimpunan "Support For Syria".

Menurutnya, kerajaan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan yang menuduh negara Mesir yang selama ini dikatakan mempunyai kaitan dan terbabit dalam konflik di Damsyik dan Syria khususnya.

“Kami mahu memberi amaran kepada sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad iaitu pergerakan Hizbullah dari Lubnan untuk segera berundur dari Syria,” katanya dipetik Press TV

Dalam perhimpunan itu, beliau turut menyokong perlaksanaan zon larangan terbang yang dikenakan ke atas negara itu.

"Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama mengenakan zon larangan terbang ke atas Syria. Kami juga akan berbincang dengan negara-negara Arab untuk menyokong usaha ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan