Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 8 September 2013

Adab Memandikan Bayi Yang Berusia Sehari - 40 Hari


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah ke dunia selepas 9 bulan tinggal di alam rahim. Justeru itu ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi yang baru lahir dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Berikut ialah beberapa kaedah memandikan bayi yang baru lahir hingga 40 hari:-

- Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

- Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

- Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

- Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan-lahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi bayi.

- Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir “Ya Latif… Ya Hadi...”

- Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnyamenyebabkan bayi mudah mendapat selesema atau jangkitan kuman.

- Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

- Selepas selesai mandikan bayi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan