Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 20 September 2013

Tentera Sekular Mesir Di Bawah Pimpinan Jeneral As-Sisi Akan Menangkap Syeikh Yusuf Al-Qardhawi


Kaherah, 20/09/2013:- Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui Peguam Negara Mesir telah mengeluarkan surat perintah penangkapan ke atas Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi adalah ulama yang lahir di negara Mesir. Beliau tinggal dan berkewarganegaraan Qatar. Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi akan terus ditangkap oleh tentera Mesir sebaik sahaja tiba di negara Mesir.

Surat khabar Al-Sharq Al-Awsat yang bertarikh (20/9/2013) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Negara Mesir telah mengeluarkan surat perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi di atas tuduhan beliau melakukan provokasi dengan menyeru rakyat Mesir supaya bangkit untuk berjihad melawan kezaliman tentera Mesir, meminta untuk dilakukan campur tangan asing bagi selesaikan masalah negara Mesir, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan TV yang disiarkan melalui stesen televisyen milik Qatar iaitu Al-jazeera.

Info Mengenai Syeikh Yusuf Al-Qardhawi:


* Syeikh Yusuf Al-Qardhawi merupakan Pengerusi Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa.

* Beliau telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara berkenaan.

* Beliau pernah dipenjara oleh pemerintah Mesir sebelum ini.

* Beliau adalah salah seorang anggota "Haiah Kibar Ulama Al Azhar".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan