Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 11 Januari 2014

Ariel Sharon Laknatullah Mati Juga Akhirnya... Alhamdulillah...


ALHAMDULILLAH !! Matinya seorang pembunuh paling kejam abad ini setelah bertahun-tahun lamanya koma. Bekas Presiden negara HARAM Isreal, Ariel Sharon telah didapati mati pada hari ini setelah jurucakap Radio Askar Israel membuat pengumuman berpandukan kenyataan ahli keluarga Sharon. Sharon mati pada usia 85 tahun setelah koma sejak 2006 akibat serangan penyakit stroke yang parah setelah dia mencapai kekuasaan politik tertingginya sepanjang hayatnya. "Ariel Sharon mati hari ini." Kata Shlomo Noy, jurucakap Sheba medical center di Tel Aviv, dimana Sharon telah dirawat disitu setelah lebih 8 tahun. Jurucakap rasmi hospital mengumumkan pada minggu lalu bahawa kesihatan Sharon mengalami kekurangan yang mendadak dan dia didapati menghampiri "keadaan mayat" di mana keluarganya tidak putus-putus berada disisinya. "Dia didapati dalam keadaan yang langsung tidak sedarkan diri dengan pengambilan ubat-ubatan yang naik turun serta meminimumkan komunikasi non-verba," kata Noy. Sharon pertama kali diserang strok kecil pada Disember 2005 dan dia diletakkan dalam penjagaan darah sebelum dia mengalami kegagalan otak daripada berfungsi pada 4 Januari 2006. Selepas menghabiskan masa di Hospital Jerusalem dimana dia telah dirawat sepenuhnya disitu, Sharon telah dipindahkan ke penjagaan sepenuh masa di Hospital tel Hashomer. Dia di bawa pulang ke rumahnya pada satu masa tetapi dia telah dikembalikan ke hospital berkenaan dimana disitulah dia dijaga sehingga akhir hayatnya. Pada September, Sharon telah mengalami pembedahan untuk memasukkan tube makanan baru bagi menyambung hayatnya. Akhirnya, pada 11 Januari 2013, Sharon, si pembunuh kejam telah pun pergi mati meninggalkan dunia ini. Kecelakaanlah buat Sharon, matimu tidak ditangisi. Matimu Disyukuri seluruh alam. Kerana, kejamnya dirimu semasa hayatmu membunuh ratusan ribu manusia yang tidak berdosa terutama umat Islam Palestin dan juga kristian di sana.

p/s: alhamdulillah... jom kita sujud syukur beramai-ramai...

1 ulasan:

  1. Zionists Laknatullah terimalah balasan kekejaman membunuh manusia tidak berdosa anak-anak kecil..

    BalasPadam