Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 28 Februari 2014

Ya Allah... Tolong Beritahu Si Dia...

* saat saya publishkan entri ini, ada seungkap nama terucap dalam hati…
Ya Allah, beritahu si dia tentang ini, tentang isi hatiku juga...
sungguh aku tunggu saat kami disatukan di dalam ikatan yang sah...
Engkau peliharalah cinta kami, jauhkan kami dari perkara yang mendekati zina... Satukan hati kami dalam mencintai-Mu dan Rasul-Mu Nabi Muhammad SAW… dekatkanlah hatinya dengan hatiku…
tingkatkan imannya dan imanku... * 


saya tak mahu bersama awak sehingga mati…
tetapi saya mahu bersama awak hingga ke syurga nanti!!!

* awak, tolong ingat… apabila dua hati mengingati yang satu…
maka mudahlah mereka bersatu *

Tolong beritahu si dia… aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia… cinta agung adalah cinta-Nya...

Tolong beritahu si dia… cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia… jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa...

Tolong nasihati si dia… jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...

Tolong nasihati si dia… jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia… dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia… dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia... Aku terpikat kerana imannya bukan rupa... 

Tolong ingatkan si dia… Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...

Jodoh itu akan dapat di rasa dengan KEHADIRAN seseorang itu yang membuatkan kita merasa LEBIH TENANG, LEBIH BERTAMBAH IMAN, malah LEBIH TINGKATKAN KEIMANAN - Ustaz Don

"Kadang-kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk itu sendiri... Allah diketepikan... mungkin matlamatnya dah betul dan jelas... tetapi jalannya tidak sesuai dengan syariat... bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah terpaut..." - Seindah Mawar Berduri (Fatimah Syarha)

* dengan bercinta selepas nikah... syariat tetap terpelihara... *

Tolong ingatkan si dia… aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia… bila dia mula mengagungkan cinta manusia...

Tolong tegur si dia… bila dia tenggelam dalam angan-angannya...

Tolong tegur si dia… andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia… aku milik Yang Maha Esa... 

Tolong sedarkan si dia… aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia… tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia… usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia… andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia… bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya… aku tidak mahu menjadi fitnah yang besar buatnya…

Tolong pesan padanya… aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong khabarkan pada si dia… aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia… aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia… aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong sampaikan pada si dia… aku mendambakan cinta yang suci dan terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia… cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia… hubungan ini terjaga selagi mana dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

~ Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapakah gerangan si dia… Moga pesananku sampai padanya... Moga dia sekuntum mawar berduri yang tumbuh ditaman larangan Ilahi… lebah ini ingin memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang dijaga oleh tuannya... Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan