Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 25 Julai 2014

Kembali Ke Universiti


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... ana nak bagitahu korang semua yang x lama lagi ana bakal pulang ke universiti ana... huhuhu kejap je masa berlalu... dah habis dah cuti ana selama sebulan di tanah air tercinta bersama keluarga tersayang... rasa macam berat hati ni nak tinggalkan Malaysia... tapi mengenangkan perjuangan menuntut ilmu di negara orang masih belum selesai terpaksa ana gagahkan kaki ana melangkah pulang ke universiti bagi menghadapi final exam... sebaik sahaja final exam ni tamat secara rasminya ana berada di tahun akhir...

huhuhu bersabarlah hati... setahun je lagi... ana harap korang semua dapat doakan semoga ana selamat pergi dan selamat sampai ke universiti ana... doakan juga semoga Allah mudahkan ana menghadapi final exam jugak ye... syukran semua...

Khamis, 17 Julai 2014

Flight MH17 Terhempas


assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... ana nak kongsi dengan korang semua tentang tragedi flight MH17 terhempas... ana pon x tau banyak mengenainya tapi di kaca TV ramai yang cakap flight berkenaan berkenaan terhempas disebabkan kena tembak di negara Ukrain dan ramai yang terkorban...

huhuhu, tragedi flight MH370 pun masih belum selesai... ditambah pula tragedi MH17... ana pon dapat tau dari ayah ana... terus ana buka TV dan cari maklumat dia... ana mengucapkan takziah kepada seluruh krew penumpang flight MH17... apa pun setiap daripada kita kena terima hakikat ini meski pun ianya sangat pahit untuk kita kena telan... redhailah pemergian mereka... jangan meratapi pemergian mereka... sudah sampai masanya Allah panggil mereka kembali padanya... kita semua doakan yang terbaik buat mereka yang terkorban semoga mereka tenang di sana... ~ kullu nafsin za'iqatul maut ~ setiap yang hidup pasti merasai mati...

kalau tanya perasaan ana, memang sedih dan risau sangat-sangat... dah le ana nanti kena naik flight sebab kena balik ke universiti ana... ditambah dengan berita-berita pesawat terhempas... hanya Allah je yang tau betapa risaunya ana... tapi pe pun perjuangan menuntut ilmu mesti diselesaikan... segulung ijazah harus dibawa pulang... ana yakin kalau kita keluar menuntut ilmu ikhlas kerana Allah, Allah akan permudahkan jalan hambanya menuju ke syurga... kalau kita mati ketika menuntut ilmu kita mati syahid...

apa pun ana harap sahabat-sahabat ana yang ana sayang ni doakan ana semoga Allah mudahkan permusafiran ana pulang ke universiti nanti... semoga tidak terjadi benda-benda yang tidak diingini... apa pun bismillahi tawakkal tu'alallah dan ana akan terus melangkan untuk perjuangan ana disana... sekian dahulu...