Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 16 Mei 2015

Himpunan Besar-Besaran Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati Dr Mohammad Morsi


Salam Isra' Mikraj 2015


Dr Morsi Dijatuhi Hukuman Mati


15 Mei 2015, KAHERAH - Mahkamah Mesir hari ini telah menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presidennya yang sah Dr Mohammad Morsi dan lebih 100 tertuduh yang lain yang terdiri daripada pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin kerana rusuhan di penjara pada tahun 2011. Dr Mohammad Morsi kelihatan tenang berada di kandang tertuduh sebaik sahaja hakim membacakan keputusan tersebut.

Sebahagian besar daripada mereka telah dibicarakan tanpa kehadiran termasuk Syeikh Yusuf Al-Qardhawi (Pengerusi Persatuan Ulama' Sedunia) yang tinggal di negara Qatar. Seperti biasa kes berkenaan telah dirujuk oleh pihak berkuasa Mesir kepada mufti Mesir bagi mendapatkan sebarang nasihat sebelum hukuman dijatuhkan.