Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 26 Jun 2015

Konvoi Flotilla III Ke Semenanjung Gaza Disabotaj


27 Jun 2014, STOCKHOLM - SWEDEN, Sebuah daripada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk warga semenanjung Gaza di Palestin telah disabotaj kelmarin. Kapal Marianne Of Gothenburg yang membawa aktivis pro-Palestin itu di dakwa telah disabotaj ketika sedang berlabuh di perairan Mediterranean.

“Seseorang telah menyelam ke bawah kapal pada waktu malam dan sengaja merosakkan kipas. Ia merupakan perbuatan khianat yang sama yang pernah berlaku pada tahun 2011.” kata aktivis Sweden, Dror Feiler.

Menurut Dror Feiler lagi, kerosakan itu boleh membahayakan keadaan kapal dan anak kapal yang lain sekiranya meneruskan pelayaran. Namun katanya insiden itu tidak melemahkan semangat aktivis yang lain untuk cuba memecah sekatan yahudi laknatullah.

Difahamkan bahawa kapal itu turut membawa bantuan perubatan dan peralatan lain seperti panel solar untuk penduduk Palestin. Kapal terbabit telah berlepas dari Sweden akhir bulan Mei yang lalu dan dijangka tiba di semenanjung Gaza pada akhir bulan ini.

Sementara itu jurucakap tentera rejim zionis laknatullah dengan angkuhnya memberitahu bahawa mereka tidak akan membenarkan mana-mana kapal menyeberangi sempadan perairan untuk memasuki ke wilayah semenanjung Gaza.

Isnin, 22 Jun 2015

Konvoi Kapal Flotilla III Sedang Menuju Ke Arah Semenanjung Gaza

23 Jun 2015, STOCKHOLM - SWEDEN. Freedom Flotilla III yang membawa aktivis pro-Palestin dilaporkan sedang menuju ke Genting Gaza dalam usaha untuk memecahkan sekatan haram yang dikenakan oleh Israel ke atas wilayah itu.

Jurucakap misi bantuan kemanusiaan itu memaklumkan mereka telah berlepas dari Sweden pada akhir Mei lalu dan dijangka tiba di Gaza pada akhir bulan ini lapor Press TV.

"Salah sebuah kapal, Marianne of Gothenburg yang membawa aktivis warga Kanada, Norway dan Ahli Parlimen Sepanyol, Ana Maria Miranda Paza juga telah meninggalkan bandar Palermo di Itali," katanya.

Difahamkan, kesemua kapal terbabit turut membawa bantuan perubatan dan peralatan lain seperti panel solar untuk penduduk Palestin.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Israel, Basel Ghattas mengumumkan bahawa beliau juga akan menyertai kumpulan aktivis tersebut.

Media tempatan melaporkan beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Hal Ehwal Tentera, Moshe Yaalon bagi menggesa Tel Aviv supaya membenarkan kesemua kapal tersebut memasuki Genting Gaza.

"Sekatan haram Israel jelas melanggar undang-undang kemanusiaan dan tiada sebab Israel perlu menyekat bantuan kemanusiaan tersebut," tegasnya.

Sementara itu jurucakap tentera rejim Zionis dengan angkuh memberitahu mereka tidak akan membenarkan mana-mana kapal menyeberangi sempadan perairan untuk memasuki ke wilayah Gaza. 

Khamis, 18 Jun 2015

Salam Ramadhan 2015


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... di kesempatan ini ana mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada...

alhamdulillah tahun ni Allah izinkan sekali lagi bagi ana untuk berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan bersama dengan keluarga tercinta di Malaysia... alhamdulillah ana selamat pulang ke tanah air 2 hari lepas... berjalan-jalan di sekitar KL dan melawat UKM serta UIAM Gombak dengan sahabat dunia akhirat ana... hehehe rasa seronok sangat-sangat... hanya Allah je tau macam mana gembiranya perasaan ini... terima kasih sahabatku... uhibbuka fillah until jannah... insyaallah... amin allahumma amin...

semoga Allah izinkan kita semua memperolehi malam lailatul qadar lagi tahun ini... salam ramadhan dari ana dan keluarga buat sahabat-sahabat semua... wallahua'alam...