Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 26 Jun 2015

Konvoi Flotilla III Ke Semenanjung Gaza Disabotaj


27 Jun 2014, STOCKHOLM - SWEDEN, Sebuah daripada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk warga semenanjung Gaza di Palestin telah disabotaj kelmarin. Kapal Marianne Of Gothenburg yang membawa aktivis pro-Palestin itu di dakwa telah disabotaj ketika sedang berlabuh di perairan Mediterranean.

“Seseorang telah menyelam ke bawah kapal pada waktu malam dan sengaja merosakkan kipas. Ia merupakan perbuatan khianat yang sama yang pernah berlaku pada tahun 2011.” kata aktivis Sweden, Dror Feiler.

Menurut Dror Feiler lagi, kerosakan itu boleh membahayakan keadaan kapal dan anak kapal yang lain sekiranya meneruskan pelayaran. Namun katanya insiden itu tidak melemahkan semangat aktivis yang lain untuk cuba memecah sekatan yahudi laknatullah.

Difahamkan bahawa kapal itu turut membawa bantuan perubatan dan peralatan lain seperti panel solar untuk penduduk Palestin. Kapal terbabit telah berlepas dari Sweden akhir bulan Mei yang lalu dan dijangka tiba di semenanjung Gaza pada akhir bulan ini.

Sementara itu jurucakap tentera rejim zionis laknatullah dengan angkuhnya memberitahu bahawa mereka tidak akan membenarkan mana-mana kapal menyeberangi sempadan perairan untuk memasuki ke wilayah semenanjung Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan